Skip to main content

Adakah Anda Ingin Berhenti Merokok Secara Beransur-ansur?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah pilihan yang penting dan sukar. Ia juga penting bahawa anda memilih pendekatan yang akan berfungsi dengan baik untuk anda.

Anda boleh memutuskan untuk berhenti merokok sepenuhnya atau mengurangkan batang rokok yang anda merokok secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Sekiranya anda membuat keputusan untuk berhenti secara beransur-ansur, gunakan produk NICORETTE® dan ketahui cara untuk menggunakannya.

Kami percaya bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang luar biasa dengan berhenti merokok. Berhenti merokok merupakan satu perjalanan, dan kami akan berada di sini untuk membrantu anda pada setiap langkah.

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan untuk Berhenti Beransur-ansur

Apabila membuat keputusan sama ada untuk berhenti secara beransur-ansur, anda perlu memikirkan perkara-perkara berikut:

  • Anda ada kebebasan untuk mengurangkan tabiat anda sedikit demi sedikit.

  • Anda akan mendapati diri anda meraikan "kemenangan kecil" sambil memperkuat keyakinan anda.

  • Anda mengambil langkah positif dan" bangkit" untuk berhenti merokok.

  • Anda mengekalkan hidup anda paling dekat dengan "normal" semasa memajukan perjalanan anda sendiri.

Bagaimana Tindakan Mengurangkan Berkesan untuk Berhenti Merokok

"Kurangkan untuk Berhenti" adalah apabila anda mengurangkan bilangan rokok yang anda rokok secara beransur-ansur sementara mengawalkan gian nikotin dan simptom penarikan anda dengan Produk NICORETTE® sehingga anda sudah bersedia untuk berhenti selamanya.

Kami mencadangkan supaya berhenti merokok sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, itu hanya panduan. Jika anda tidak berhenti merokok sepenuhnya selepas enam bulan, sila berjumpa pakar penjagaaan kesihatan anda.

Cadangan untuk Mengurangkannya

Berikut adalah cadangan bagi pendekatan untuk mengurangkannya:

0 hingga 6 minggu - Kemudahan ke dalamnya

Kenal pasti rokok yang kurang pentingnya dalam rutin harian anda dan gantikannya dengan produk NICORETTE® yang paling sesuai untuk anda.

6 hingga 16 minggu - Potong sebanyak 50%

Tetapkan matlamat untuk cuba menyingkirkan rokok-rokok yang lebih sukar untuk menyerah, seperti hari yang pertama atau selepas makan, dan gunakan produk NICORETTE® untuk menguruskan gejala ketagihan dan simptom penarikan diri yang anda akan mengalami

Menjelang 16 minggu, anda harus bermatlamat untuk merokok hanya setengah jumlah rokok seharian setelah anda mula mengikuti pendekatan ini.

6 hingga 24 minggu - Peringkat terakhir

Teruskan untuk menyingkirkan rokok dari rutin harian anda sambil menguruskan ketagihan nikotin anda dan simptom penarikan dengan produk NICORETTE®.

Tahniah mencapai sejauh ini. Selama tiga bulan terakhir ini, anda akan mengurangkan kebergantungan anda terhadap rokok dan akan lebih bersedia untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Sebaik sahaja anda telah berhenti merokok selamanya, sekiranya anda sesekali mempunyai keinginan untuk merokok, gunakan produk NICORETTE®untuk membantu anda.

Produk untuk Membantu Anda Berhenti Merokok Selamanya

Adakah Anda Bersedia untuk Berhenti Merokok Selama-lamanya?

Adakah Anda Bersedia untuk Berhenti Merokok Selama-lamanya?

Ketahui cara berhenti merokok sekali gus, semasa menggunakan NICORETTE® untuk menguruskan gian dan simptom penarikan. Dengan mendapatkan sokongan daripada pakar dan penggunaan NICORETTE®, anda lebih cenderung untuk berhenti selama-lamanya.

r5_nicorette_groupshot_1_1-ms-my

Cari produk anda

NICORETTE® mempunyai pelbagai Terapi Penggantian Nikotin (NRT) yang direka untuk membantu anda apabila anda telah berhenti merokok.